Tuesday, February 19, 2008

Cinta itu sifatnya

Sekelian semesta alam adalah ayat-ayat Allah saja. Semuanya itu adalah penzahiran atau manifestasi nama-namaNya saja. Allah itu Maha Cinta dan sifat cinta itu dilimpahiNya ke hati insan. Maka insan pun cinta kepadaNya. Oleh kerana cinta yang mendalam, Sang Sufi berasa "bersatu" dengan Tuhan. Inilah perasaan, bukan bersatu dari segi jasmaniah atau kebendaan yang tertakluk kepada ruang dan masa.

segala sesuatu dijadikan olehNya
segala apa jua diterbitkan olehNya
Dia itu maha cinta
Cinta itu sifatNya
Cinta dilimpahiNya kepada makhlukNya
Cinta itulah penzahiranNya

1 comments:

SOHAINA MOHD SALLEH said...

Assalamualaikum,Coach
Izinkan saya copy kata kata ini ke blog saya,