Tuesday, February 19, 2008

Senyum..

Saat membaca artikel ini aku tersenyum. Memang aku suka senyum. Kerana senyum adalah lambang sikap positif. Kerana senyum itu juga adalah lambang awal berkasih sayang dalam hubungan. Senyum adalah keriaan dan keceriaan. Seperti anak kecil digambar ini...senyum adalah manifestasi kemakmuran dunia. Tetapi hari ini makin ramai yang sukar tersenyum. jika tersenyum pun tidak ada energinya. Kurang rasanya. Sepi sekali auranya.

Cukup malas aku ingin berhubungan dengan orang yang sukar tersenyum. Tambah malas jika di dalam hatinya juga tidak tersenyum. Kala dahulu, orang bicara yang senyum perlulah dengan mata. Tak tahu akau mata hati atau mata yang di muka. Jadi..aku memang selalu berlatih tersenyum....

Cinta

0 comments: